Sinopsis Program

Diploma Kejururawatan

Bertujuan melahirkan pelajar-pelajar kejururawatan yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai perawat secara holistik iaitu merangkumi bukan sahaja daripada aspek fizikal, bahkan dari segi keperluan emosi, ekonomi, sosial dan spiritual pesakit secara individu, keluarga dan komuniti.

Kelayakan Masuk:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima
(5) Kepujian
dalam mana-mana subjek termasuk Sains dan Matematik. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tempoh Pengajian:
3 tahun (6 semester)

Isnin, 6 Ogos 2012

Keputusan Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Sesi Jun 2012

Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) adalah satu tiket para pelajar untuk bergelar jururawat.
Untuk menjadi jururawat berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, calon perlu lulus peperiksaan ini.


Peperiksaan LJM sesi Jun 2012
Bilangan calon peperiksaan:   106 orang
Bilangan calon lulus:                92 orang
Bilangan calon kandas:            14 orang

Peratus lulus:                        86.8%