19 SEPTEMBER 2014, INSTEDT
Seramai 18 orang pelajar tingkatan lima dari tiga
buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Easter, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Lokman Hakim telah menyertai program yang dianjurkan oleh Jabatan Kejururawatan
dan Sains Kesihatan INSTEDT ini.
Sehari Bersama Jururawat diadakan bagi
mendedahkan pelajar sekolah mengenai tugas-tugas seorang jururawat dan juga
perjalanan kerjaya mereka. Pelbagai aktiviti telah diselitkan bagi menimbulkan minat pelajar terhadap kerjaya jururawat.
Peserta program Puan Rubiah memberi taklimat ringkas
Pelatih bersama pelajar melakukan prosedur kejururawatan
Prosedur penjagaan bayi Pelatih menunjukkan demo CPR
Pelajar diberi peluang untuk melakukan CPR Sesi bergambar
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.