Sinopsis Program

Diploma Kejururawatan

Bertujuan melahirkan pelajar-pelajar kejururawatan yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai perawat secara holistik iaitu merangkumi bukan sahaja daripada aspek fizikal, bahkan dari segi keperluan emosi, ekonomi, sosial dan spiritual pesakit secara individu, keluarga dan komuniti.

Kelayakan Masuk:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima
(5) Kepujian
dalam mana-mana subjek termasuk Sains dan Matematik. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tempoh Pengajian:
3 tahun (6 semester)

Rabu, 13 April 2016

BERSUA KEMBALI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam blog ini setelah lama tidak bersua. Maaf baru berkesempatan mengupdate blog ini.

Jabatan Kejururawatan Dan Sains Kesihatan ini bertujuan ingin melahirkan para pelajar yang berdedikasi, berkemahiran serta bertanggungjawab dalam tugasan sebagai seorang Jururawat atau Kesetiausahaan Kesihatan.

Di sini Kami dari jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan ingin mempelawa semua lepasan SPM @ STPM @ yang gagal mendapat tempat di UPU, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejururawatan dan Diploma Kesetiausahaan Kesihatan.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 07-8222008 sam 214/215

Rabu, 15 Oktober 2014

Sehari Bersama Jururawat INSTEDT

19 SEPTEMBER 2014, INSTEDT

Seramai 18 orang pelajar tingkatan lima dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim telah menyertai program yang dianjurkan oleh Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT ini.

Sehari Bersama Jururawat diadakan bagi mendedahkan pelajar sekolah mengenai tugas-tugas seorang jururawat dan juga perjalanan kerjaya mereka. Pelbagai aktiviti telah diselitkan bagi menimbulkan minat pelajar terhadap kerjaya jururawat.

               Peserta program                 Puan Rubiah memberi taklimat ringkas

 Pelatih bersama pelajar melakukan prosedur kejururawatan

       Prosedur penjagaan bayi               Pelatih menunjukkan demo CPR

                               Pelajar diberi peluang untuk melakukan CPR            Sesi bergambar 

    

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Khamis, 6 Mac 2014

Pemeriksaan Kesihatan Di Sek. Men. Keb. Bandar Easter

15 Februari 2014, Kota Tinggi.

Pihak Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah turut serta bersama pihak Kaunselor INSTEDT ke Program Motivasi dan Peningkatan Sahsiah Pelajar SPPBSMR, SPM dan STPM 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor.

Sementara pihak Kaunselor INSTEDT mengendalikan slot motivasi kepada para pelajar sekolah, pihak Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah sukarela mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua warga sekolah. 

~Pelajar lelaki Diploma Kejururawatan Semester 4 dan 2 melakukan pemeriksaan kesihatan~

Lawatan Kerja Ke Bengkalis, Indonesia

10 Januari, 2014. Bengkalis, Indonesia.

Wakil pihak Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah mengadakan lawatan kerja selama 3 hari ke Pulau Bengkalis yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia.


~Lokasi Bengkalis di Kepulauan Riau~


Tim ini diketuai oleh Dr. Mat Jizat Bin Abdol, Ketua Eksekutif INSTEDT, Puan Rubiah Mohd Tom selaku Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Siswa merangkap Ketua Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT, serta disertai wakil pensyarah Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Cik Nurhidayah Mazlan.