Sinopsis Program

Diploma Kejururawatan

Bertujuan melahirkan pelajar-pelajar kejururawatan yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai perawat secara holistik iaitu merangkumi bukan sahaja daripada aspek fizikal, bahkan dari segi keperluan emosi, ekonomi, sosial dan spiritual pesakit secara individu, keluarga dan komuniti.

Kelayakan Masuk:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima
(5) Kepujian
dalam mana-mana subjek termasuk Sains dan Matematik. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tempoh Pengajian:
3 tahun (6 semester)

Khamis, 6 Mac 2014

Lawatan Kerja Ke Bengkalis, Indonesia

10 Januari, 2014. Bengkalis, Indonesia.

Wakil pihak Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah mengadakan lawatan kerja selama 3 hari ke Pulau Bengkalis yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia.


~Lokasi Bengkalis di Kepulauan Riau~


Tim ini diketuai oleh Dr. Mat Jizat Bin Abdol, Ketua Eksekutif INSTEDT, Puan Rubiah Mohd Tom selaku Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Siswa merangkap Ketua Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT, serta disertai wakil pensyarah Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Cik Nurhidayah Mazlan.



~Lawatan dan penerangan~


Di atas jemputan pihak Jabatan Kejururawatan di Pulau Bengkalis, kedua-dua belah pihak telah membincangkan hala tuju serta kerjasama yang boleh dilakukan bagi memperkasakan lagi profesion kejururawatan terutamanya di bidang pendidikan. 


~Ketua Jabatan Kejururawatan, Pn. Rubiah~



~Kata sepakat yang dicapai~
Program lawatan kerja ini berjalan dengan lancar dan telah mendapat kata sepakat bagi tujuan memartabatkan profesion kejururawatan untuk kemaslahatan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan