Sinopsis Program

Diploma Kejururawatan

Bertujuan melahirkan pelajar-pelajar kejururawatan yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai perawat secara holistik iaitu merangkumi bukan sahaja daripada aspek fizikal, bahkan dari segi keperluan emosi, ekonomi, sosial dan spiritual pesakit secara individu, keluarga dan komuniti.

Kelayakan Masuk:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima
(5) Kepujian
dalam mana-mana subjek termasuk Sains dan Matematik. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tempoh Pengajian:
3 tahun (6 semester)

Khamis, 6 Mac 2014

Basic Life Support 2013

26 November 2013, Bandar Penawar.

Program Basic Life Support telah dianjurkan oleh Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT dengan bantuan fasilitator-fasilitator daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor. 

Program ini disertai oleh 41 pelajar semester lima Diploma Kejururawatan. Program ini dianjurkan setiap semester bagi pelajar-pelajar Diploma Kejururawatan untuk mendapat pengetahuan dan cara-cara menyelamatkan nyawa dalam situasi mencemaskan.


Choking? 
Program ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar cara-cara menyelamatkan mangsa yang tidak sedar seperti penilaian standard mangsa, teknik resusitasi bayi dan kanak-kanak, langkah-langkah merawat orang dewasa tercekik dan lain-lain lagi. 

Program ini berjalan dengan lancar dan para peserta memberikan komitmen yang memberansangkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan