15
Februari 2014, Kota Tinggi.
Pihak
Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah turut serta
bersama pihak Kaunselor INSTEDT ke Program Motivasi dan Peningkatan
Sahsiah Pelajar SPPBSMR, SPM dan STPM 2014 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor.
Sementara pihak
Kaunselor INSTEDT mengendalikan slot motivasi kepada para pelajar sekolah,
pihak Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah
sukarela mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada
semua warga sekolah.
Pemeriksaan ini termasuk pemeriksaan tekanan
darah dan Body Mass Index (BMI) serta konsultasi berkaitan kesihatan.
Selain
memberi bakti kepada komuniti, program ini turut melatih para pelajar
Diploma Kejururawatan untuk turun ke padang bagi mengaplikasikan ilmu
yang telah dipelajari untuk dikongsikan kepada masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan